Jagalah Dia Ya Allah
“Dia suka kau tu. Tak percaya sudah.” Dia cuma menundukkan kepalanya, perasaan geram dan malu bersarang dalam dirinya. Tawa meletus dalam kalangan anak muda itu. Kakinya pantas melangkah menuju ke bahagian dalam dewan.
“Suka sahaja nak mengusik aku. Nanti Abang Faizal dengar, mampus aku. Hish, Huzaifah ni kan. Tunggu dia, nanti aku kenakan. Yang la..”
“Membebel apa pula tu Nurul?” Bebelannya terhenti tatkala ditegur suara yang amat dikenalinya itu. Rasa rindu menerpa hati.
“Rin…” Senyuman terukir di wajah kedua-dua gadis itu. Airin pantas memeluk erat tubuh kecil milik Nurul. Rasa rindu yang selama ini disampaikan melalui media sosial dan panggilan telefon akhirnya terungkai.
“Kau makin cantik Rin.” Puji Nurul ikhlas. Wajah Airin ditenungnya. Gadis itu sememangnya cantik. Berkulit kuning langsat, Airin sentiasa tampak ayu dimata Nurul apalagi dengan tudung litup yang sntiasa menghiasi dan melindungi mahkota seorang wanita.
“Pandang aku macam seribu tahun tak jumpa kau ni. Kau pun apa kurangnya, semakin comel dan ayu. Macam mana peperiksaan hari tu?” Usik Airin. Nurul mengukir senyuman lantas bahu Airin ditumbuk perlahan. Airin tertawa. Gadis berkulit hitam manis dan kecil molek yang dahulunya pemalu kini sudah semakin berani tampil dikhalayak ramai. Nurul baginya sudah lebih matang dari dirinya sendiri.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan. Doakan aku ya Rin. Eh, kau seorang sahaja?” Tanya Nurul sambil matanya melilau melihat sekeliling.
“Syah dan Risha mungkin lewat sedikit. Aku masuk dahulu ya. Sambung sahaja lah bebelan kau tadi Nurul. Assalammualaikum.”
“Ya lah. Kau ni kan, tak berubah. Asyik nak mengusik sahaja. Waalaikumussalam. Oh! Sebelum aku terlupa, program tamat mungkin dalam pukul 12 tengah hari ya Rin.” Anggukan diberikan oleh Airin kepada Nurul.
Comments
Post a Comment
BC Adetya Rakasihwi - tidak bertanggung jawab atas isi komentar yang ditulis. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE